Friday 3 May 2013

tips memilih minyak wangi (perfumes)/brand yang sesuai


*credit to: http://8vertising.blogspot.com (tqvm:-) )

Pernahkah anda keliru dalam membeli perfume sebelum ini? Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. 



Terdapat beberapa panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Note :Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.

TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN
Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan.  Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-
 1. PERFUME (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.


 2.  (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 


4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Tips bagaimana memilih perfume yang sesuai :-
Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-

  1. Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari -Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.
  2. Ketahui Bau Kegemaran Anda -Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
  3. Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan -Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
  4. Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih -Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.
  5. Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi -Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Selamat mencuba..!!

tips memilih hadiah..antara bajet, kualiti dan praktikaliti..?


Tercari-cari hadiah yang sesuai utk si dia? 

Samada ianya adalah kejutan atau sesuatu yang dirancang, pastinya kita akan terkeliru untuk memilih apa yg terbaik bila mata hitam mula kelabu dgn pelbagai pilihan yg dtawarkn dipasaran.

Sis sndiri biasa mengalami situasi ini, bukan sekali, bukan 2kali, malah berkali2..!! Sebab aper tau, konon2nya nak cari yg paling terbaeeekkk yg confirm org tu suka & xkan tolak punyerlah.. Smpi kdg2 'terbagi' lebih dari satu hadiah coz still x puas ati ngan hadiah yg first tu..Huhu3..!!Yer lah, minat setiap org kan berbeza, takut2 x sesuai dgn jiwa raga dia la pulak.. Apatah lg klu kita yg nk memberi ni jenis yg teramat sempoi dan org yg akan menerimanya pula adalah jenis yg terover cerewet n obses serba serbi tahap gaban! :-! Kan ke haru tu..

Terpanggil utk bkongsi pengalaman yg x sbrp ni, sis nk share beberapa idea dan items yg ader dlm koleksi we olls yg mungkin boleh dipertimbangkan dlm membantu u olls membuat pilihan yg sesuai. Let's check it out...!

1. Wanita yang suka bergaya dan menggayakan
ops, jgn slh faham statement tu, take positive okay..! maknanye u olls leh bg sesuatu yg dia akn pakai atau pamerkan dgn rasa bangga & berkeyakinan. Contohnyer, bag/handbag, perfumes, purse, alat mekap, dsb. of course these items adalh barang wajib bg seorg wanita. Sesuai utk semua golongan usia baik yg bekerjaya, surirumah, student, penanam anggur dll yg sama waktu dgnnya.

2. Wanita yg bersifat kreatif dan inovatif
Yg ni u olls kna tgk minat & kecenderungan they olls.biasernyer they olls ni suka sesuatu yg unik, menyerlah dan malahan suka mbuat hasil seni sendiri yg menggambarkn jiwa sebenar they olls. Klu peringkat usia remaja, u olls bleh bg beg/handbag,perfumes,jam tgn,gelang tgn,rantai or what ever yg designnyer unik and trendy. Klu peringkat dewasa, why not u olls hadiahkn brgn DIY or kraftgn cam kristal swarovski utk mrk tampil dgn baju & tudung yg lebih bling2 hasil kreativiti mrk sendiri? What,nampak kecik?remeh? FYI, wanita kreatif ni jiwa dia hypersensitive, so klu u olls beri perhatian pd benda2 yg kecil & remeh camni, percayalah, diorg akn mudah tersentuh dan rasa lebih dihargai.. confirm pastu jd bff..muahahaha..x cayer?cubalah!

3. Wanita yg lasak or jadual hyper bz kalah menteri
Dah namenyer hyper bz, kerja merata2,breakfast kt kl, lunch kt melaka, dinner kt JB cenggini u olls xyahla susah2 nk bg brgn DIY or kraf cam kristal swarovski tu,konfirm jd sarang abuk jer kt dlm laci dier.. mmg x sempat nyer nk berkraf2 ni. They olls ni jenis yg suka praktikaliti.baju klu boleh jenis kain yg xyah gosok,tudung pulak jenis awning ala2 fareeda gtu, sauk jer confirm dh cantik, xyah tenung cermin lamer2. Haa,yg ni mmg amat praktikal skali klu u olls hadiahkn travel case utk simpan tudung awning agar ia tetap terbentuk cantik & x kemek.hanya yg memiliki tdg ala fareeda,ariani,pearl haya (dll yg seangkatan dgnnya) yg memahami perasaan yg xdpt digmbrkn dgn kata2 jika awning tu terkemek wlu sekelumit.. fuhh! Aha,but careful,they olls ni jenis yg agak mementingkn kualiti n branding,so pls prepare extra bajet k!

So,camner,dh dpt idea yg terbaeekk? Haa, pape pun, klu nk mberi tu, berpada2lah dgn bajet,&pertimbangkanlah kualiti n praktikaliti nyer same. Brg yg mahal x semestinyer berkualiti & yg berkualiti x smuanyer praktikal. Tepuk dada,tanyerlah keikhlasan sndiri..

Senang citer kalu u olls still konpius gak, korg sediakn ajer la bajet tu, biar sis yg tlg pk & settlekn yg laen2 tu.. amacam? terbaeeeekkkk....;-)


p.s: klu boleh elakkan mberi hadiah yg berunsurkn saiz atau ukuran, contoh tshirt, baju kurung siap jahit, kasut, dsb. Kcuali u olls mmg rapat giler n kerap jumpa each other. Bukan aper, klu jarang jumpa, takut2 last time u olls jumpa dia a few months ago, size dia still XL, but mana tau recently dia keciwa putus cinta or whatever smpi ilang selera mkn, terus jd XS, x ker naya jadinyer.. tu ok lg, klu dia stres plak dok mkn coklat bar hari2 jd XXXL, tak ke haru jdnyer..cam perli la pulak,derrr...sndiri mau igt arr..